Hye dear, Assalamualaikunna..
Ya, Aku masih lagi disini, setelah lama aku menghilang, mencari dan berjuang dalam Dunia yang penuh dengan Pancasila, ehh bukan... Pancaroba, Penipuan, Pendustaan dan Pen Penlah semuanya.
Aku juga menanti dan terus menanti sehingga tibanya Izrail sebelum aku pergi ke Dunia yang lain.
Seperti yang kalian sedia maklum, hanya ada 1 saja sebab dan kehendak yang manusia inginkan, iaitu KEBAHAGIAAN.. lain dari ayat ini, orang itu tak patut ada dekat dunia nie.. ada yang aku dengar nak Kayalah, nak Duit berjuta, nak Kereta, ye aku paham, semua tu akan bawak masuk kubor. kan,, haaa... jadi pada kalian yang mengharapkan lain dari ayat itu, silalah fikirkan semula. ye tak..
Dalam hidup kita, takkan lari dengan Tanggungjawab. Tak kiralah dimana kita berada, dengan siapa kita bicara,.. Semuanya Tanggungjawab. Aku pon taklah cakap aku nie bagus sangat.. kalau nak ikut kepala angin aku lagi teruk dari apa yang aku tulis nie.. cakap aje pandai.. yelah namanya manusia.. kan,, haaa...
Begitulah sifat seorang insan yang Kuat macam aku nie.. kalau kata aku, kate aku aje.. kate orang lain aku jarang nak dengar.. Kalau cerita A, A lah aku nak, jangan pandai nak cerita B, kalau aku kate Betul, Betullah, jangan pandai kau Menafikan. Kelak nanti kau yang akan dengar leteran cacian dan sindiran yang akan aku Khutbahkan. Sampai ada member cop aku Kepala Batu, Hati Batu..
Begitulah hidup aku sejak dari aku Sekolah, Ibu Ayah hantar Sekolah, aku lari, Tembok dari daerah mana aje yang tak pernah aku gagal? semua tembok kat sekolah dulu aku berjaya melepasi, baik yang ada Kawat Duri, yang Berkaca, Berpaku, dan dengan kehebatan aku pada ketika itu, AKULAH... AKULAH... AKULAH..!!! dengan bangganya akulah segalanya dan kepalanya.
Tak lupa juga kepada pelajar pelajar yang menjadi Magsa Buli, aku rase diorang dah berjaya sekarang nie.. Tinggallah aku keseorangan, tiada lagi yang nak berteman.. hhaaiipp.. kadang-kadang nak menyesal pon tak guna. Aku sendiri yang memilih untuk begini.. tapi kenapa aku pilih untuk begini ea?? macam bodoh aje..
Tapi dalam bodoh-bodoh aku nie, SPM aku Kredit juga semua.. B.M dapat B ape.. okaylah kan,. haaa... sampailah aku melanjutkan pelajaran.. asalnya dulu aku nak jadi Arkitek.. Tapi tak kesampaian.. Akhirnya macam nilah hidup aku. Aku bersyukur atas apa yang Allah berikan, dan janganlah aku dihukum.. itu saja yang aku minta.. kerana aku tidak punya apa-apa, aku cuma ada sedikit, sangat sedikit Ilmu.
Okaylah beb.. taip panjang-panjang nie pon bukan korang nak baca.. Ianya hanya sekadar luahan isi hati aku aje..
Batman Progress
Batman Progress
Tuesday, 29 May 2018
Monday, 15 June 2015
Batman Progress Studio
Nie Batman company, hehehe...
Clip nie buat pakai Software Blender.
Untuk buat clip video yang berdurasi selama 30 saat nie,
aku memerlukan lebih kurang satu hari nak render.
Maklumlah, komputer tak berapa nak canggih.
![]() |
| software nie lah. Cube-cubelah yek... |
Sunday, 14 June 2015
My Face
Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan anda-anda semua, inilah wajah saya yang sebenarnya setelah di cartoon kan oleh Adobe Illustrator. Gambar nie dibuat ketika masih study dulu tahun 2009 dalam subjek Graphic Design. Mula-mula memang susah gile nak pakai software tu, tapi bile dah tahu pakai senang gile. Biasalah kan, benda baru. Dulu orang buat kapal terbang bukan boleh terus terbang pun. So, dalam hidup nie kite mesti cuba sesuatu yang baru, dengan kate lain mesti tak terkeluar dari Islam sudah ler. Ingat-ingatlah Allah yek. Kaki tu kalau tak cukup cuci 5 kali sehari cubelah kite cukup-cukup kan. Insya Allah.
Untuk pengetahuan anda-anda semua, inilah wajah saya yang sebenarnya setelah di cartoon kan oleh Adobe Illustrator. Gambar nie dibuat ketika masih study dulu tahun 2009 dalam subjek Graphic Design. Mula-mula memang susah gile nak pakai software tu, tapi bile dah tahu pakai senang gile. Biasalah kan, benda baru. Dulu orang buat kapal terbang bukan boleh terus terbang pun. So, dalam hidup nie kite mesti cuba sesuatu yang baru, dengan kate lain mesti tak terkeluar dari Islam sudah ler. Ingat-ingatlah Allah yek. Kaki tu kalau tak cukup cuci 5 kali sehari cubelah kite cukup-cukup kan. Insya Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)

