Tuesday, 29 May 2018

Aku Kepala Batu Hati Batu

Hye dear, Assalamualaikunna..

Ya, Aku masih lagi disini, setelah lama aku menghilang, mencari dan berjuang dalam Dunia yang penuh dengan Pancasila, ehh bukan... Pancaroba, Penipuan, Pendustaan dan Pen Penlah semuanya.

Aku juga menanti  dan terus menanti sehingga tibanya Izrail sebelum aku pergi ke Dunia yang lain.

Seperti yang kalian sedia maklum, hanya ada 1 saja sebab dan kehendak yang manusia inginkan, iaitu KEBAHAGIAAN.. lain dari ayat ini, orang itu tak patut ada dekat dunia nie.. ada yang aku dengar nak Kayalah, nak Duit berjuta, nak Kereta, ye aku paham, semua tu akan bawak masuk kubor. kan,, haaa... jadi pada kalian yang mengharapkan lain dari ayat itu, silalah fikirkan semula. ye tak..

Dalam hidup kita, takkan lari dengan Tanggungjawab. Tak kiralah dimana kita berada, dengan siapa kita bicara,.. Semuanya Tanggungjawab. Aku pon taklah cakap aku nie bagus sangat.. kalau nak ikut kepala angin aku lagi teruk dari apa yang aku tulis nie.. cakap aje pandai.. yelah namanya manusia.. kan,, haaa...

Begitulah sifat seorang insan yang Kuat macam aku nie.. kalau kata aku, kate aku aje.. kate orang lain aku jarang nak dengar.. Kalau cerita A, A lah aku nak, jangan pandai nak cerita B, kalau aku kate Betul, Betullah, jangan pandai kau Menafikan. Kelak nanti kau yang akan dengar leteran cacian dan sindiran yang akan aku Khutbahkan. Sampai ada member cop aku Kepala Batu, Hati Batu..

Begitulah hidup aku sejak dari aku Sekolah, Ibu Ayah hantar Sekolah, aku lari, Tembok dari daerah mana aje yang tak pernah aku gagal? semua tembok kat sekolah dulu aku berjaya melepasi, baik yang ada Kawat Duri, yang Berkaca, Berpaku, dan dengan kehebatan aku pada ketika itu, AKULAH... AKULAH... AKULAH..!!! dengan bangganya akulah segalanya dan kepalanya.

Tak lupa juga kepada pelajar pelajar yang menjadi Magsa Buli, aku rase diorang dah berjaya sekarang nie.. Tinggallah aku keseorangan, tiada lagi yang nak berteman.. hhaaiipp..  kadang-kadang nak menyesal pon tak guna. Aku sendiri yang memilih untuk begini.. tapi kenapa aku pilih untuk begini ea??  macam bodoh aje..

Tapi dalam bodoh-bodoh aku nie, SPM aku Kredit juga semua.. B.M dapat B ape.. okaylah kan,. haaa... sampailah aku melanjutkan pelajaran.. asalnya dulu aku nak jadi Arkitek.. Tapi tak kesampaian.. Akhirnya macam nilah hidup aku. Aku bersyukur atas apa yang Allah berikan, dan janganlah aku dihukum.. itu saja yang aku minta.. kerana aku tidak punya apa-apa, aku cuma ada sedikit, sangat sedikit Ilmu.

Okaylah beb.. taip panjang-panjang nie pon bukan korang nak baca.. Ianya hanya sekadar luahan isi hati aku aje..



Batman Progress


No comments:

Post a Comment